![]() |
![]() |
![]() |
| 1 | easazim.RC | 717 |
| 2 | NgapSayot | 666 |
| 3 | Draco369 | 532 |
| 4 | flyboy | 370 |
| 5 | zeppelin | 214 |
ScalorFlyerz.com Forum Index Safety First
Malang tidak berbau | Register To Post |
| Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | Bottom |
| Poster | Thread |
|---|---|
| hyrcofly | Posted on: 2010/3/2 8:33 |
Privates ![]() ![]() Joined: 2009/7/1 From: Posts: 38 |
Malang tidak berbau
Scalorflyerz,
For your info. & Al-fatihah untuk mangsa tragedi. SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan maut apabila kepalanya dirempuh pesawat mainan kawalan jauh di kawasan lapang di Bandar Saujana Putera, Banting, dekat sini, kelmarin. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika, Musthafa Osman, 48, bermain permainan itu bersama rakannya yang juga seorang ahli perniagaan berusia 49 tahun. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata pesawat itu dikatakan mengalami masalah teknikal dan gagal dikawal rakannya sebelum terjunam dan mengenai kepala mangsa yang mencangkung di kanan rakannya itu. "Mangsa yang cedera parah di kepala dikejarkan ke Hospital Putrajaya sebelum meninggal dunia kira-kira jam 3 petang," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, polis sudah merakamkan keterangan rakan mangsa yang mendakwa mempunyai 10 tahun pengalaman bermain permainan itu. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya. Di IPOH, anak sulung mangsa, Ridzuan, 24, berkata bapanya yang tinggal di Seri Muda, Shah Alam, sejak awal pagi sudah bersiap untuk menyertai rakannya bermain permainan itu. "Ketika ayah sibuk memasang dan memeriksa kapal terbang miliknya, sebuah pesawat dipercayai milik rakannya hilang kawalan dan melanggar belakang kepala ayah. "Hentakan kuat itu menyebabkan ayah terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya," katanya yang ditemui di rumah datuknya di Rapat Setia, semalam. Katanya, bapanya koma selama enam jam sebelum meninggal dunia kerana kecederaan dalaman di kepala dan bengkak di bahagian otak. "Saya tidak sempat menemui ayah kerana sebelum kejadian, ayah yang memiliki syarikat jurutera terpaksa keluar daerah di Kelantan selama 10 hari. "Sebaik ayah pulang ke rumah Ahad lalu, awal-awal pagi ayah sudah sibuk bersiap untuk menyertai rakannya bermain permainan itu," katanya. Berikutan kejadian itu, Rudzuan terpaksa menunda pendaftaran kemasukan ke Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur, April ini. Musthafa meninggalkan seorang balu, Rohizah Osman, 42, dan tiga lagi anak berusia 23, 19 dan 15 tahun. Ridzuan berkata, sebelum kejadian, bapanya tidak menunjukkan apa-apa kelainan, kecuali membeli bantal serta tilam baru. "Saya tidak menyangka itu petanda ayah akan meninggalkan kami untuk selama-lamanya," katanya. Jenazah Musthafa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu, Sungai Rapat selepas solat Zohor, semalam. sumber : http://www.bharian.com.my/Current_New ... 001315/Article/index_html |
| Draco369 | Posted on: 2010/3/2 8:54 |
Colonel ![]() ![]() Joined: 2008/6/8 From: Betong Posts: 532 |
Re: Malang tidak berbau
Adus... my deepest sympathy to the family... my condolence...
|
| en_sabu | Posted on: 2010/3/2 17:41 |
Privates ![]() ![]() Joined: 2009/12/3 From: Posts: 25 |
Re: Malang tidak berbau
Al-Fatihah....
|
| easazim.RC | Posted on: 2010/3/3 0:01 |
Lieutenant General ![]() ![]() Joined: 2008/6/4 From: Betong Posts: 717 |
Re: Malang tidak berbau
Tahziah kepada keluarga mangsa ..Al Fatihah
|
| kuncai | Posted on: 2010/3/3 7:23 |
Privates ![]() ![]() Joined: 2010/1/19 From: W.P Labuan Posts: 25 |
Re: Malang tidak berbau
Kamek serta rakan-rakan di Labuan tok pun ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah.. Diharapkan kita sama-sama akan sentiasa lebih berhati-hati semasa mengadakan aktiviti FunFly tok sik kira di sine juak diadakan.
|
| enjennyor | Posted on: 2010/3/3 15:11 |
CRASH EXPERT ![]() Joined: 2008/7/15 From: Posts: 63 |
Re: Malang tidak berbau
Salam takziah kepada semua, terutama kepada keluarga arwah, rakan2 yang terlibat dan yang menyaksikan kejadian ini.
peristiwa ini menjadikan kita berasa trauma seketika sungguhpun peristiwa ini berlaku kepada rakan kita di semenanjung. cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga. apa yang pasti, perkara ini telah banyak menyedarkan kita supaya lebih berwaspada dan lebih mengutamakan soal keselamatan. kepada rakan2 baru, yang mula nak berjinak dengan hobby ini.. tolong jangan patah semangat dan jangan terus berfikiran negatif dengan hobby ini.teruskan saja minat kita. perkara yang melibatkan soal ajal maut adalah kerja TUHAN. biar peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kita semua, , AL FATIHAH. |
| rezzal | Posted on: 2010/3/7 8:21 |
Privates ![]() ![]() Joined: 2008/11/21 From: tatai kumang Posts: 10 |
Re: Malang tidak berbau
takziah juga kepada keluarga mangsa. apa pun saya rasa terharu dengan inisiatif Umran.rc menyalurkan dana yang kelab mereka ada kepada keluarga si mangasa. ini membuktikan peranan sesebuah kelab kepada warga komuniti nya..
|
| Draco369 | Posted on: 2010/4/7 7:03 |
Colonel ![]() ![]() Joined: 2008/6/8 From: Betong Posts: 532 |
Re: Malang tidak berbau
Quote:
Yes,... mau jaga juak kebajikan flyers... ya lah tujuan ada union... susah senang bersama...
|
| easazim.RC | Posted on: 2010/4/9 0:30 |
Lieutenant General ![]() ![]() Joined: 2008/6/4 From: Betong Posts: 717 |
Re: Malang tidak berbau
Quote:
Kita kena satu hati dan saling menghubungi dan fly bersama untuk mencari member baru dan senang nak gabung buat union .
|
| Threaded | Newest First | Previous Topic | Next Topic | |
| Register To Post | |